Posts

Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan Melayu

Image
  Pengenalan  Kemahiran berbahasa merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Kemahiran ini penting terutama sekali dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ketika berada di sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Kegagalan seseorang itu untuk menguasai kemahiran berbahasa akan menjejaskan prestasi mereka sama ada dari segi sosial dan akademik kerana mereka tidak dapat memahami dan berkomunikasi menggunakan sesuatu bahasa itu dengan baik. Kemerosotan kemahiran berbahasa di kalangan masyarakat boleh dilihat melalui dapatan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini yang mendapati bahawa 165,000 pelajar di negara kita masih buta huruf. Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah mencatatkan bahawa 125,000 daripada jumlah tersebut ialah daripada pelajar sekolah rendah dan selebihnya ialah pelajar daripada pelajar sekolah menegah. Pernyataan masalah     Dasawarsa ini, bahasa Melayu mulai dipandang remeh oleh masyarakat di M